Assalamualaikum.
One night I was so mad at my little brother (not so little! 11 years old) so when he fall asleep I decided to geledah his schoolbag to search for something. Then I found this :
....
I was touched. Lupa pulak tujuan asal spotcek beg dia. When I show this to my mum, she just smiled.
So sweet. :)
I miss my cutie sibs.
....
Wednesday, 21 September 2011
Friday, 9 September 2011
Ramadan work experience.
Assalamualaikum.
Ramadan.
Ramadan dah berlalu tinggalkan kita. Dalam kemeriahan sambutan Syawal adakah kita akan diberi kesempatan untuk berjumpa dan merasai lagi Ramadan pada masa akan datang?
Sejujurnya saya sedih. Saya tidak begitu memanfaatkannya... Hanya beberapa kali dapat bertarawikh, berbuka bersama keluarga, hanya dapat bersahur bersama, kemudian bekerja sehingga 10 malam. Masa banyak dihabiskan untuk bekerja, bersabar (banyak kali terlepas marah) melayan karenah manusia. Nampaknya banyak juga puasa yang perlu diganti (=___='') *note-ABC, bukan sengaja! Untuk merasai suasana tarawikh di masjid (kebiasaannya family bertarawikh di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur) saya buka radio IKIM selepas berbuka..Tanpa mengira sama ada customer suka atau tidak. Kadangkala akan membuat recording radio untuk memudahkan bersolat tarawikh sendirian di rumah. Mak, adik-adik semua dah tidur. Sendirian. Sedih.
Buat pertama kalinya mengambil keputusan untuk bekerja di bulan Ramadan-mencabar diri (konon). Pengalaman bekerja - penat tapi menyeronokkan, pada awalnya. Semakin lama bekerja semakin cepat nak cuti...memang penat. Berbaloi ke? secara positifnya, berbaloi sebab saya tak menghabiskan masa dengan tidur sahaja di rumah. Sekurang-kurangnya melakukan sesuatu yang berfaedah. Tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli makanan sahur kerana hari-hari banyak lauk dibawa pulang, air sebotol (teh tarik, bandung, cocktail, dan bermacam jenis air), kuih, kek, puding.. sampai semua dah jemu. Aktiviti ketika bekerja? Hari-hari (kecuali sabtu dan ahad) serving, potong daun pisang, potong kuih, potong buah, puding, buat teh tarik, cocktail, cendol, dan apa-apa jenis air, refill makanan, dan macam-macam kerja.
*sekali buat guna 5 tin susu pekat+2 tin susu cair+20 sudu penuh teh. Kalau 3kali refill?darab-darab..
*tak termasuk betik, orange.. Sekali potong sebiji tembikai besar, honeydew, betik. Kalau refill? Malas sangat. Sebelum potong biasanya kulit tembikai saya cuci dengan sabun labour sebab ada bau ikan. Tak suka! Kalau ramai budak-budak kecik datang mesti kena selalu refill tembikai. Bila tanya ''kenapa banyak makan tembikai? Adik-adik memang suka tembikai??'' Mereka jawab, ''Tak suka tapi sebab tembikai ni bentuk love''(lepastu buat muka cute). Rasa nak gigit dorang ni. Comel :)
Im glad so gladd. Bersyukur juga dapat merasa bekerja semasa berpuasa. Tapi penat-penat kerja pun berat tak turun-turun, naik je. Hmmm. Oooopss what a loooooong entry.
Until then.
..
Labels:
experience,
waitress,
work
Subscribe to:
Posts (Atom)