Wahh tak lama lagi ramai adik-adik yang akan masuk asrama. Tahniah diucapkan :) Aku berpeluang masuk asrama semasa di tingkatan 4. Masa tu baru balik sekolah, dapat surat envelop kaler kuning "Urusan Paduka Baginda" camtulah. Hati dah berdebar. Ingat dapat tawaran masuk mrsm ke, teknik ke sebab seingat aku dua sekolah ni jelah yang aku apply lepas result pmr. Bukak je terus tertanya-tanya. Wahh ape ni? SBP ni ape? tak pernah dengar. Sekolah berasrama penuh. Pun tak pernah dengar. Sekolah sains? Sains Muar? Semua ni aku tak pernah dengar (kesian. like a froggie under the coconut shell.) Sebab excited, terus call mak ayah. Reaksi dorang biasa je, ayah respon "sekolah ayah dulu.."
Masa ni dilema. Antara nak pegi sekolah teknik KL under mechanical, or pegi johor. Then aku pilih untuk further kat sains muar. Sedih jugak sebab kawan baik aku pegi teknik, aku pegi sbp. Terpisah. Dahla selalu berdua je. Nampak tak elemen tak bercampur dengan masyarakat kat situ? First day daftar, orang yang sambut aku masa tu kak z. Baru je datang dah kena tuka kasut, sebab pakai kasut putih. Lepastu aku tak ingat sape ntah sambut, daftar, dan aku ditempatkan dalam rumah Sarjana. Ala macam kalau tengok cite Harry Potter tu ada 4 houses- Griffindor, Slytherin, Ravenclaw, Hufflepuff. Kat sini ada Sarjana (kaler merah), Pujangga (kuning), Bestari (biru), Budiman (hijau). Kalau kat sekolah harian, rumah sukan macam tak mainkan peranan pun dalam kehidupan seharian. Tapi kat SAMURA, benda ni macam sebahagian dari hidup. Sistem Rumah. Apa-apa aktiviti yang kita masuk, pencapaian akademik ke, ada markah untuk rumah kita, dan apa-apa salah yang kita buat, akan tolak markah rumah (penalti) which akan menyebabkan orang lain bengang sebab ahli rumah susah payah nak dapatkan markah rumah, anda pula buat hal sampai kena penalti. Markah rumah ni akan dikumpul sampai hujung tahun and house with the most score will win the House Cup.
Seronok tak masuk asrama? Seriously sangat seronok, satu pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup. Sangat berbeza suasananya dengan sekolah harian, lebih mendisiplinkan diri. Ada jadual kena ikut, bangun pagi, pegi kelas, makan tengahari, prep, riadah petang, malam prep lagi. Tengah malam ada keje lain pulak. Weekend selain riadah ada duty dorm, cuci toilet, sunway, kemas bilik tu bilik ni, etc.. Mula-mula rasa payah jugak nak ikut jadual ni, rasa malas sangat. Tapi lama-lama ok, walaupun aku banyak escape kelas dan menjadi penginap setia sick bed.
Masa kat samura, aku paling suka hari Isnin. Kenapa? Sebab setiap hari Isnin, ada perhimpunan. Duduk dalam dewan, dapat dengar ucapan pengetua, dan.. menyanyikan lagu sekolah. Lagu sekolah bagi aku sangat best, piano version (tak main la pasang kaset) dan sangat menusuk jiwa (betul ni)..
Lagu sekolah bestari pun best jugak! ^^,
Tapi bagi aku, perkara yang paling terkesan dalam hati ialah pendekatan dengan agama. Kat samura nilah aku dapat solat berjemaah, ada usrah, ada bacaan yasin, membudayakan Al-Quran, berkenalan dengan Surah Al-Mulk dan zikir Al-Mathurat yang sebelum ni aku tak pernah tau pun. Pakaian kena menutup aurat, tudung 3 pin, keluar toilet tak boleh pakai tuala kena pakai tudung jugak walaupun tudung tu kau pinkan pakai penyepit ampaian. Baju tak boleh senteng, dan tak boleh selempang tudung. Mula-mula jiwa tu memberontak, rasa terkongkong, rasa apa yang kita buat, kita pakai, semua salah. Tapi semua tu untuk kebaikan kita.
Samura juga mengajar aku erti ukhuwah. Semangat persahabatan, setiakawan. Bila ada dormmate yang masuk apa-apa pertandingan, satu dorm akan join bagi semangat. Sorang sakit, semua risau. Masa aku jatuh bilik air, dormmate la yang ramai-ramai angkat ke bilik. Ketua dorm berjaya- ida berlari pegi bilik warden untuk inform aku sakit. Yang lain hantar aku kat sick bed, siap tolong urutkan lagi. Terharu. Yup banyak benda kawan-kawan kat samura buat aku terharu, menangis, ketawa. Masa Al-Mulk, fara menangis sebab sape entah baling benda dekat kucing yang makan burger dia beli kat ustaz amran. Hehe. Kita ambil berat satu sama lain. Ada masalah, selesaikan sama-sama. Pegi outing kat wetex, k-mart. Cop meja kat dewan makan sebab nak satu dorm dapat makan sama-sama. Kat dewan pun satu dorm mesti nak duduk satu row. Kemas dorm cantik-cantik sebab excited junior nak masuk. Party dorm. Masa ada gangguan, kita try protect each other. Bagi semangat masa down. Kawan menangis dan ketawa.
Rinduuuu korang semua..
Betullah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan SMS Muar...
So bagi adik-adik yang dapat tawaran masuk asrama... Cherish the moment! Bagi yang tak biasa akan rasa susah, susaaahh sangat tapi mula-mula je, pastu akan ok. Dulu aku pernah interview dua tiga member yang baru sehari dua masuk asrama tak tahan, menangis nak balik. They give up. Just like that. Rugi tau, sangat rugi. Bagi aku, dah penat parent hantar dengan harapan (wahh ayat kemain) dan kau mengalah terlalu awal hanya sebab tak tahan dengan peraturan asrama. Lainlah kalau memang ada masalah yang memang kronik menyebabkan kena keluar asrama. Aku ni tak lah super perfect tak pernah terfikir pun nak keluar, sebab bila dah pertengahan tu aku rasa pressure. Macam apa je kena buat tu, buat ni sebab nak dapatkan sign senior. Tak cukup tidur, malam lepas light off ada perjumpaan itu ini, nak basuh baju pakai mesin basuh bangun pukul 4 pagi sebab taknak berebut turn. Tengah stay up study boleh pulak kat jatek (jabatan teknikal-blog sebelah) ada ulang tayang koir, dikir barat. Sleep paralysis lagi (kita-kita cakap kena tindih, hehe). Histeria masa maghrib (pengalaman redah dorm orang, sebab nak solat) dan macam-macam lagi. Tapi atas dorongan kawan-kawan and family kita jadi kuat. Semangat ukhuwah, support. Penting tau penting. Benda-benda yang kita rasa pahit ni boleh jadi manis untuk dikenang bila dah habis sekolah nanti, akan rindu...
So... good luck untuk bakal bakal samurian. Be strong, have fun and all the best!
..
nice..rindu saat ni jgk..
ReplyDelete