Saturday 26 January 2013

SMS Muar di hati.

Assalamualaikum.



Wahh tak lama lagi ramai adik-adik yang akan masuk asrama. Tahniah diucapkan :) Aku berpeluang masuk asrama semasa di tingkatan 4. Masa tu baru balik sekolah, dapat surat envelop kaler kuning "Urusan Paduka Baginda" camtulah. Hati dah berdebar. Ingat dapat tawaran masuk mrsm ke, teknik ke sebab seingat aku dua sekolah ni jelah yang aku apply lepas result pmr. Bukak je terus tertanya-tanya. Wahh ape ni? SBP ni ape? tak pernah dengar. Sekolah berasrama penuh. Pun tak pernah dengar. Sekolah sains? Sains Muar? Semua ni aku tak pernah dengar (kesian. like a froggie under the coconut shell.) Sebab excited, terus call mak ayah. Reaksi dorang biasa je, ayah respon "sekolah ayah dulu.." 

Masa ni dilema. Antara nak pegi sekolah teknik KL under mechanical, or pegi johor. Then aku pilih untuk further kat sains muar. Sedih jugak sebab kawan baik aku pegi teknik, aku pegi sbp. Terpisah. Dahla selalu berdua je. Nampak tak elemen tak bercampur dengan masyarakat kat situ? First day daftar, orang yang sambut aku masa tu kak z. Baru je datang dah kena tuka kasut, sebab pakai kasut putih. Lepastu aku tak ingat sape ntah sambut, daftar, dan aku ditempatkan dalam rumah Sarjana. Ala macam kalau tengok cite Harry Potter tu ada 4 houses- Griffindor, Slytherin, Ravenclaw, Hufflepuff. Kat sini ada Sarjana (kaler merah), Pujangga (kuning), Bestari (biru), Budiman (hijau).  Kalau kat sekolah harian, rumah sukan macam tak mainkan peranan pun dalam kehidupan seharian. Tapi kat SAMURA, benda ni macam sebahagian dari hidup. Sistem Rumah. Apa-apa aktiviti yang kita masuk, pencapaian akademik ke,  ada markah untuk rumah kita, dan apa-apa salah yang kita buat, akan tolak markah rumah (penalti) which akan menyebabkan orang lain bengang sebab ahli rumah susah payah nak dapatkan markah rumah, anda pula buat hal sampai kena penalti.  Markah rumah ni akan dikumpul sampai hujung tahun and house with the most score will win the House Cup. 

Seronok tak masuk asrama? Seriously sangat seronok, satu pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup. Sangat berbeza suasananya dengan sekolah harian, lebih mendisiplinkan diri. Ada jadual kena ikut, bangun pagi, pegi kelas, makan tengahari, prep, riadah petang, malam prep lagi. Tengah malam ada keje lain pulak. Weekend selain riadah ada duty dorm, cuci toilet, sunway, kemas bilik tu bilik ni, etc.. Mula-mula rasa payah jugak nak ikut jadual ni, rasa malas sangat. Tapi lama-lama ok, walaupun aku banyak escape kelas dan menjadi penginap setia sick bed. 

Masa kat samura, aku paling suka hari Isnin. Kenapa? Sebab setiap hari Isnin, ada perhimpunan. Duduk dalam dewan, dapat dengar ucapan pengetua, dan.. menyanyikan lagu sekolah. Lagu sekolah bagi aku sangat best, piano version (tak main la pasang kaset) dan sangat menusuk jiwa (betul ni)..

Lagu sekolah bestari pun best jugak! ^^,


Tapi bagi aku, perkara yang paling terkesan dalam hati ialah pendekatan dengan agama. Kat samura nilah aku dapat solat berjemaah, ada usrah, ada bacaan yasin, membudayakan Al-Quran, berkenalan dengan Surah Al-Mulk dan zikir Al-Mathurat yang sebelum ni aku tak pernah tau pun. Pakaian kena menutup aurat, tudung 3 pin, keluar toilet tak boleh pakai tuala kena pakai tudung jugak walaupun tudung tu kau pinkan pakai penyepit ampaian. Baju tak boleh senteng, dan tak boleh selempang tudung. Mula-mula jiwa tu memberontak, rasa terkongkong, rasa apa yang kita buat, kita pakai, semua salah. Tapi semua tu untuk kebaikan kita.

Samura juga mengajar aku erti ukhuwah. Semangat persahabatan, setiakawan. Bila ada dormmate yang masuk apa-apa pertandingan, satu dorm akan join bagi semangat. Sorang sakit, semua risau. Masa aku jatuh bilik air, dormmate la yang ramai-ramai angkat ke bilik. Ketua dorm berjaya- ida berlari pegi bilik warden untuk inform aku sakit. Yang lain hantar aku kat sick bed, siap tolong urutkan lagi. Terharu. Yup banyak benda kawan-kawan kat samura buat aku terharu, menangis, ketawa. Masa Al-Mulk, fara menangis sebab sape entah baling benda dekat kucing yang makan burger dia beli kat ustaz amran. Hehe. Kita ambil berat satu sama lain. Ada masalah, selesaikan sama-sama. Pegi outing kat wetex, k-mart. Cop meja kat dewan makan sebab nak satu dorm dapat makan sama-sama. Kat dewan pun satu dorm mesti nak duduk satu row. Kemas dorm cantik-cantik sebab excited junior nak masuk. Party dorm. Masa  ada gangguan, kita try protect each other. Bagi semangat masa down. Kawan menangis dan ketawa. 
Rinduuuu korang semua..




Betullah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan SMS Muar... 


So bagi adik-adik yang dapat tawaran masuk asrama... Cherish the moment! Bagi yang tak biasa akan rasa susah, susaaahh sangat tapi mula-mula je, pastu akan ok. Dulu aku pernah interview dua tiga member yang baru sehari dua masuk asrama tak tahan, menangis nak balik. They give up. Just like that. Rugi tau, sangat rugi. Bagi aku, dah penat parent hantar dengan harapan (wahh ayat kemain) dan kau mengalah terlalu awal hanya sebab tak tahan dengan peraturan asrama. Lainlah kalau memang ada masalah yang memang kronik menyebabkan kena keluar asrama. Aku ni tak lah super perfect tak pernah terfikir pun nak keluar, sebab bila dah pertengahan tu aku rasa pressure. Macam apa je kena buat tu, buat ni sebab nak dapatkan sign senior. Tak cukup tidur, malam lepas light off ada perjumpaan itu ini, nak basuh baju pakai mesin basuh bangun pukul 4 pagi sebab taknak berebut turn. Tengah stay up study boleh pulak kat jatek (jabatan teknikal-blog sebelah) ada ulang tayang koir, dikir barat. Sleep paralysis lagi (kita-kita cakap kena tindih, hehe). Histeria masa maghrib (pengalaman redah dorm orang, sebab nak solat) dan macam-macam lagi. Tapi atas dorongan kawan-kawan and family kita jadi kuat. Semangat ukhuwah, support. Penting tau penting. Benda-benda yang kita rasa pahit ni boleh jadi manis untuk dikenang bila dah habis sekolah nanti, akan rindu... 


So... good luck untuk bakal bakal samurian. Be strong, have fun and all the best!



..

Interview Experience-Internship and Hello IBM! :)


Assalamualaikum.

Ohh internship. Practical training. Lepas dah hantar resume banyak-banyak sampai tak ingat tu, adela few companies yang bagi feedback. Attend interview, takpun on-call interview.

My interview experience. Hmm. Lets start with the first - DIGI. The interviewer was a female, chinese, nampak garang tapi baik. Ok je :) First she ask me to introduce myself, the next questions were about my family, my activities in uni, what is my role- an active student or passive, pernah jadi project manager ke tak, what kind of sport I'm good at, what did I learn, my favourite subject, explain why and fav sub during school times, why choose digi, why choose telecommunication industry, compare telecommunication industry with other industry..etc etc. The rest she do the talking- explaining about the company, HR in digi, and about telecommunication industry. Office digi hq cantik! Elaun 500/month. Tapi sebab jauh sgt dari rumah plus mcm susah nak sewa rumah kat area situ, bila dikira balik transportation cost... tak jadi praktikal kat sini. 

Next company is OCBC Bank. Elaun 40/day, tapi job description takde kaitan dengan HR. Sesuai untuk student finance. Ni lah first time masa interview I need to complete personality test. Banyak jugak. Then I didn't bring my certificates sbb ingatkan untuk internship bawak resume dengan mini transkrip dah cukup. Rupa-rupanya kena jugak bawak sijil aktiviti kat uni, time sekolah dulu dengan result spm. Firstly, macam biasa, introduce yourself sampai dah takde modal nak cakap apa. The interviewer said "that's it??" and I reply "why don't you ask me question. I'll answer." Berkerut muka interviewer tu. Ada 2 orang, both female, a malay and a chinese. The next question is "why u still attend this interview although u know that the job description got nothing to do with HR?" Aku cakap, sbb nak challenge. Yes, because I really want to challenge myself. Nak experience attend interview jugak sebenarnya. Then discuss about schedule since aku perlukan masa untuk jumpa advisor regarding to my project paper. One of the interviewer said this is the first time intern candidate mintak masa untuk project paper sebab sebelum ni takde sorang pun intern kat ocbc bank kena buat project paper. UiTM je kot. Ntahla. Tapi kalau betul, alahaii bestla uni lain korang takde kena buat project paper time internship.

Then on-call interview from Taylor's Group by Mr Keith. Hoii nasibla masa tu aku tak tidur petang. Time dia call pun suara fresh je takdela memberi gambaran negatif kat interviewer "eh tak senonoh budak ni tidur petang." Basic questions, tp yang ni best sebab mr keith pun friendly and it is an on-call interview which senang, tak payah travel. Nak travel pakai duit ye. Masa lagi, nak pegi sana sini. Elaun Taylor's Group 1000, kat sunway. One of the question he ask me was am I an introvert or an extrovert? Boleh pulak masa tu lupa sekejap extrovert apa sampai bukak dictionary. 



Last interview was with IBM. Haaa...! ni yang paling best walaupun aku sampai lambat. IBM kat Cyberjaya rupa-rupanya ada dua tempat. Mula-mula tersalah tempat. Lepastu lewat dalam 10 minit, and interviewer pun dah pergi lunch dulu. Rasa cuak dah sebab macam bagi bad impression kat interviewer. Tapi so far ok je.. A female interviewer, chinese dan sangat friendly. Warm, selalu senyum. Interview tu macam sesi berborak dengan member, less formal. Kita rasa selesa :) Basic question, tapi takdelah suruh introduce yourself ke. Dia semak resume, terus tanya pasal aktiviti kat universiti, your role and participation, family, pointer, etc. Then she explains about IBM and HR function in IBM. Allowance 800/month. I choose IBM since it is more HR related plus I'm staying with my auntie. Senang, dah ada accommodation. 

A little addition about IBM. Masa apply IBM firstly kena jawab online test. IBM's CAT. Jenuhlaa jawab soalan test, dengan tak ada scientific calculator lagi. Pakai calculator kat fon je. Mana yang tak tau aku hentam dengan pasrah. Dahla memang lemah math, soalan banyak math. Lepastu lama pulak tunggu, takde feedback. Aku apply IBM around bulan 9 2012, tapi betul confirm dengan IBM, pegi interview bulan 1 2013. Menunggu dengan penuh kesabaran nampaknya. Di saat nak berputus asa tiba-tiba dapat ilham untuk email resume sekali lagi. Lepastu dapat call suruh ambik test CAT ni. Memang takla aku nak amik lagi... Then pihak IBM check, dorang cakap ok, panggil untuk interview kat Cyberjaya. Alhamdulillah interview ok, and I've been offered internship placement with them. Hopefully semua ok. Takutt. Cabaran ni! So.. hello IBM! :)


So far based on my experience, I can conclude that:
1. English is IMPORTANT.
2. Be active. Get involved with activities kat uni, sebab itu yang interviewer akan highlight before they ask about your pointer.
3. Your CGPA. Usahakan 3 pointer ke atas.
4. Be confident. Walaupun pelik-pelik je soalan ditanya tapi jawab dengan penuh confident walaupun korang tak sure betul ke tak.
5. Senyum. :)


So that's all I think. Hope it helps.
Semoga berjaya. :)





..

Friday 25 January 2013

End of 5th Semester.

Assalamualaikum.

Wahh tak sangka dah habis semester 5. Sekejapnya masa berlalu..


Nanti akan rindu UiTM. Shah Alam, Puncak Alam dan segala isinya. Classmates, lecturers, makcik spageti, pasar malam shah alam 2, surau hj ismail,.. UiTM Puncak Alam-yang banyak buat aku ketawa, menangis. Ajar aku tentang erti kehidupan universiti. 
Housemate shah alam- huda, ifa, iza, izati, nasuha, dalila, hana, raja. Rindu korang semua :)

Sedih nak tinggalkan rumah sewa kat puncak alam. etc.. Kalaula masa ni dah ada income, nak beli rumah ni.. 

Rumah yang menyimpan banyak kenangan. Mira, emija, don, ada, a.y.u, pai, munish, kak lon. Kita buat BBQ, angkat tempat bbq ramai2 buat rombongan pegi rumah pakcik pasra. Stay up sebab nak basuh ayam sampai dua baldi, buat rempah, masak.. Dekat rumah lama time rumah bocor sebab hujan lebat, beramai-ramai timba air sebab rumah dah banjir. Elektrik terputus, satu rumah bergelap. Masak sama-sama, makan sama-sama. Haha banyaknya kenangan. Thanks semua :) 

Masa last day nak salam kawan-kawan, ingat tak nangis sebab macam rasa ok je.. tapi bila sorang dah start berair mata, aku pun ape lagi.. nangis jugakla. Sikit. Sebak kot. Teringat dari mula-mula datang ke puncak, sekarang semua kembali ke tempat masing-masing. Teringat banyak benda. Mulanya rasa tak serasi dengan classmate, housemate, dengan environment baru, kena transfer dari shah alam ke puncak.. Lama-lama rasa ukhuwah tu semakin erat. Bila kita mula mengenali dan memahami diri masing-masing, respect each other.. Sharing laughter and tears. InshaAllah kita akan berjumpa lagi :) 

Lepasni ada internship, kena fokus project paper, lepastu graduation. Wahh. Intern. Grad. Work life. Cuak pulak bila cakap pasal internship. Hopefully semuanya akan ok. 

Apa-apapun, doa yang terbaik. Selamat menempuh satu fasa baru dalam kehidupan.




..