Showing posts with label cookingwithlove. Show all posts
Showing posts with label cookingwithlove. Show all posts

Monday, 23 May 2016

Recipe: Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum.

Resepi asal dari Che Nom (terima kasih kak! sedap sangat~)

(Hidangan untuk 2 orang makan)

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ketam segar dibelah dua
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, dicarik
  • 2 cawan santan pekat (bersamaan 500ml)
  • 1 keping asam keping
Bahan untuk dikisar halus:
  • 10-15 biji cili api kampung
  • 2 biji cili merah
  • Setengah biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Penyediaan:

1. Bersihkan ketam daripada pasir atau lumpur, belah dua, ketuk kulit ketam (especially part yang keras sangat kat sepit) dengan lesung sampai pecah sedikit untuk senang nak makan nanti.
2. Masukkan ketam dan bahan kisar dalam periuk, masak sekejap dalam 5 minit, perlahankan api dan masukkan pati santan.
3. Api masih perlahan, kacau sentiasa supaya tidak berketul. (kalau masak lemak memang kena rajin kacau) Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4. Masukkan garam dan masak sehingga mendidih.

Ketam dan bahan kisar

Best tau makan lauk ketam masak lemak cili api ni.. hidang sekali dengan ulam, sambal belacan, ikan terubuk masin sarawak. Tapi yang peliknya, kuah masak lemak saya ni jadi manis.. takde pun letak gula. Rasa manisnya tu macam kita letak labu. Mungkin rasa manis ketam?

Sambal belacan + ulam raja
Ikan terubuk masin sarawak goreng garing + bawang besar + cili api

Terima kasih hubby sebab tolong bersihkan ketam.. masa nak masak ni, nasib baik dia inspect ketam tu dulu. Pasir tak hilang lagi, ketam tak belah dua, dengan getah gelung yang ikat kaki ketam pun tak buang habis.. dah kena bebel :p 

Selain ketam, hubby memang suka makan ikan masin dan sambal belacan. Ulam tu je saya makan sorang-sorang. Happy betul bila tengok hubby makan bertambah. Berselera. Ada satu feeling yang rasa best sangat, lepas ni nak masak sedap-sedap lagi! J


Thursday, 21 April 2016

Nasi Lemak with Love (with recipe)

Assalamualaikum.

Resepi sambal ikan bilis saya refer blog Kak Azie - Sambal Tumis Ikan Bilis Sebagai Lauk Nasi Lemak (Memang sedap! Terima kasih kak)

Bahan-bahan masak nasi lemak rice cooker:

3 cawan beras
3 cawan santan segar 
1 cawan air
2 ikat daun pandan
Beberapa hiris halia
Garam secukup rasa 

Basuh beras. Tambahkan semua bahan dalam beras dan masak seperti biasa. 

Timun? Saya suka timun jepun sebab tak pahit.

Untuk kepekatan santan hubby suka pekat so lepasni semua pakai santan je tak perlu tambah air. Kalau tak suka santan banyak, boleh kurangkan, ikut taste masing-masing.

Cerita nasi lemak:
Well, I've promised to cook nasi lemak for hubby, janjinya masa tu nak buat esok pagi tapi terbabas bangun lewat so memang tak sempat nak masak. Sedih la jugak bila dia tanya nasi lemak pagi tu... Terasa loser, dah janji tapi tak masak..

Malam tu memang tidur ayam je, takut tak bangun awal. Esoknya berjaya bangun awal (yes!) dan lagi best, hubby pun tolong sekali buat sambal ikan bilis.

We did it! Rasa pun sedap, so yeah.. Nailed it! First time tau masak nasi lemak untuk si dia... ;)

Bekal untuk ofis for Mr Hubby -Nasi lemak with love~
Mine!

p/s: Ada satu feeling yang best bila orang enjoy makan apa yang kita masak lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. J


..

Tuesday, 1 September 2015

Recipe: Cheesekut Marie/Simple Tiramisu/Simple Cheese Cake

Assalamualaikum.

My first cheesekut. 
Hello there. Thank you so much to my lovely Kiera for this recipe. First time rasa cheesekut ni dekat open house beliau, terus jatuh cinta (bayangkan emoticon yang ada mata bentuk love tu) dan berazam untuk menuntut ilmu dengan beliau. So let me share this with you, sedap weh betul. Satu portion cheesekut ni aku boleh habis sorang *godzilla* let's not talk about the calories. Tehee

Ingredients:

  • 500g Tatura Cream Cheese
  • Susu pekat F&N (separuh tin sahaja yang digunakan takut muak. suka manis? letak la semua. )
  • Satu sudu besar jus lemon
  • Biskut Marie (Cappucino - this is how the tiramisu taste came up!) cap ping pong
  • Susu segar dutch lady kotak kecil (lowfat/fullcream up to you)
Tatura Cream Cheese 500g RM15.05 at Jaya Grocer
How to:
  1. Pukul cream cheese sampai kembang. Tak payah lama sangat, janji dah tak berketul. On the mixer guna level 1-2 pun dah ok.
  2. Masukkan susu pekat F&N, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan jus lemon dan sambung pukul sebati.
  4. Sediakan bekas, lap kering. 
  5. Ambil sekeping biskut marie, masukkan dalam plastik kuih lutsinar dan hancurkan. Serbuk biskut ni untuk ditabur atas kek last sekali.
  6. Ambil biskut marie, celup sekejap (sekejap je tau!) dalam susu segar dan susun dalam bekas. Jangan malas sangat, celup sekeping, susun. Celup, susun lagi.Penuhkan lapisan biskut dan layerkan dengan cream cheese. Layerkan nipis je tapi meliputi keseluruhan biskut.
  7. Ulang celup dan layer sampai habis semua biskut marie tu. Baki cheese tuang akhir sekali, tebal tebal pun takpe.
  8. Taburkan serbuk biskut marie yang dah dihancurkan tadi.
  9. Tutup bekas, masukkan dalam fridge tempat beku selama 12 jam.
Siap!

Masa nak makan biarkan cheesekut anda dalam suhu bilik sekejap lepastu bolehlah dipotong. Tips potong cheesekut? Rendam pisau dalam air panas, lap dengan tisu, dan baru potong kek.


Cream cheese before the beat
*mixer aku tak stable, tengah-tengah je bahagian cream dapat dipukul. Tepi-tepian tak kena so aku keluarkan dari kepala dan gerakkan mixer secara manual. Pukul satu arah je tau!

Masukkan susu pekat F&N

Dip your biscuit

Arrange it. Kalau rajin, tutup lubang lubang yang ada

Layering - Cream cheese on!

Final touch - the crumble

The Finale. Awesome

I did 5 layers in each bekas kuih raya. Managed to get 3 cakes and one small part

After 12 hours, serve!


Kek batu bata

This is the best, economy cake so far. Sedap! Try lah buat. Have fun layering. Maybe for topping boleh ganti strawberry/nuts ke? Thank you for reading this post. :)



Disclaimer: Do not copy/download my picture without permission. 

Recipe: Simple Mashed Potatoes/Kentang Putar

Assalamualaikum!

Greetings.

I love mashed potatoes – homemade. Dah try buat dan menjadi! Best lagi buat sendiri sebab murah dan dapat banyak. Ada lebih boleh simpan dalam fridge. Let me share the recipe~ (kalau lupa boleh rujuk dekat blog sendiri.)

Ingredients:
  • 10 biji kentang – potong dadu, rebus 30 minit (air penuh, sampai kentang lembut)
  •  250g butter Farmcow – I use half of it
  • Susu Dutch Lady low fat 300ml *if nak lebih susu dengan butter pun boleh, up to you*
  • Lada hitam kasar
  • Garam 2 sudu kecil
For gravy: (for those who have better recipe for gravy, do share because mine is so simple)
  • Kiub ayam knorr - 2 kiub
  • Air panas 400ml
  • Tepung jagung 3 sudu, bancuh dengan sedikit air. Nak pekat lagi, lebihkan tepung jagung
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang besar sebiji
  • 3 sudu butter

*Bawang putih dan bawang besar chop nipis*

How to:
  1. Rebus kentang 30 minit, toskan airnya dan letak sekejap atas dapur untuk keringkan lagi air yang ada dalam periuk kentang.
  2. Hancurkan kentang yang dah direbus tu, guna botol sos cili yang dah diwrap dengan plastic. Botol sos tu basuh bersih-bersih, wrap dengan plastic bersih, then yeahh mash the potatoes hingga lumat.
  3. Masukkan butter ketika kentang still panas, butter will melt easily and lagi senang nak mash.
  4. Masukkan susu. Kuantiti butter dan susu ikut tukang masak nak kurang ke atau nak lebih creamy – put extra.
  5. Masukkan garam dan lada hitam kasar, mash sampai sebati. Siap.

Gravy:
  1. Cairkan butter, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Masukkan kiub ayam knorr, air panas dan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air.
  2. Blend kesemua sos sehingga hancur bawang yang telah digoreng
  3. Masak sos yang telah diblend hingga pekat


The mashed potatoes can now be served with the gravy! Try la, simple dan murah.



Happy mashing!