Assalamualaikum.
|
My first cheesekut. |
Hello there. Thank you so much to my lovely Kiera for this recipe. First time rasa cheesekut ni dekat open house beliau, terus jatuh cinta (bayangkan emoticon yang ada mata bentuk love tu) dan berazam untuk menuntut ilmu dengan beliau. So let me share this with you, sedap weh betul. Satu portion cheesekut ni aku boleh habis sorang *godzilla* let's not talk about the calories. Tehee
Ingredients:
- 500g Tatura Cream Cheese
- Susu pekat F&N (separuh tin sahaja yang digunakan takut muak. suka manis? letak la semua. )
- Satu sudu besar jus lemon
- Biskut Marie (Cappucino - this is how the tiramisu taste came up!) cap ping pong
- Susu segar dutch lady kotak kecil (lowfat/fullcream up to you)
|
Tatura Cream Cheese 500g RM15.05 at Jaya Grocer |
How to:
- Pukul cream cheese sampai kembang. Tak payah lama sangat, janji dah tak berketul. On the mixer guna level 1-2 pun dah ok.
- Masukkan susu pekat F&N, pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan jus lemon dan sambung pukul sebati.
- Sediakan bekas, lap kering.
- Ambil sekeping biskut marie, masukkan dalam plastik kuih lutsinar dan hancurkan. Serbuk biskut ni untuk ditabur atas kek last sekali.
- Ambil biskut marie, celup sekejap (sekejap je tau!) dalam susu segar dan susun dalam bekas. Jangan malas sangat, celup sekeping, susun. Celup, susun lagi.Penuhkan lapisan biskut dan layerkan dengan cream cheese. Layerkan nipis je tapi meliputi keseluruhan biskut.
- Ulang celup dan layer sampai habis semua biskut marie tu. Baki cheese tuang akhir sekali, tebal tebal pun takpe.
- Taburkan serbuk biskut marie yang dah dihancurkan tadi.
- Tutup bekas, masukkan dalam fridge tempat beku selama 12 jam.
Siap!
Masa nak makan biarkan cheesekut anda dalam suhu bilik sekejap lepastu bolehlah dipotong. Tips potong cheesekut? Rendam pisau dalam air panas, lap dengan tisu, dan baru potong kek.
|
Cream cheese before the beat |
*mixer aku tak stable, tengah-tengah je bahagian cream dapat dipukul. Tepi-tepian tak kena so aku keluarkan dari kepala dan gerakkan mixer secara manual. Pukul satu arah je tau!
|
Masukkan susu pekat F&N |
|
Dip your biscuit |
|
Arrange it. Kalau rajin, tutup lubang lubang yang ada |
|
Layering - Cream cheese on! |
|
Final touch - the crumble |
|
The Finale. Awesome |
|
I did 5 layers in each bekas kuih raya. Managed to get 3 cakes and one small part |
After 12 hours, serve!
|
Kek batu bata |
This is the best, economy cake so far. Sedap! Try lah buat. Have fun layering. Maybe for topping boleh ganti strawberry/nuts ke? Thank you for reading this post. :)
Disclaimer: Do not copy/download my picture without permission.
No comments:
Post a Comment