Wednesday, 21 September 2011

Sweet sorry.

Assalamualaikum.

One night I was so mad at my little brother (not so little! 11 years old) so when he fall asleep I decided to geledah his schoolbag to search for something. Then I found this :





....
I was touched. Lupa pulak tujuan asal spotcek beg dia. When I show this to my mum, she just smiled.
So sweet. :)

I miss my cutie sibs.






....

Friday, 9 September 2011

Ramadan work experience.


Assalamualaikum.

Ramadan.

Ramadan dah berlalu tinggalkan kita. Dalam kemeriahan sambutan Syawal adakah kita akan diberi kesempatan untuk berjumpa dan merasai lagi Ramadan pada masa akan datang?

Sejujurnya saya sedih. Saya tidak begitu memanfaatkannya... Hanya beberapa kali dapat bertarawikh, berbuka bersama keluarga, hanya dapat bersahur bersama, kemudian bekerja sehingga 10 malam. Masa banyak dihabiskan untuk bekerja, bersabar (banyak kali terlepas marah) melayan karenah manusia. Nampaknya banyak juga puasa yang perlu diganti  (=___='') *note-ABC, bukan sengaja! Untuk merasai suasana tarawikh di masjid (kebiasaannya family bertarawikh di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur) saya buka radio IKIM selepas berbuka..Tanpa mengira sama ada customer suka atau tidak. Kadangkala akan membuat recording radio untuk memudahkan bersolat tarawikh sendirian di rumah. Mak, adik-adik semua dah tidur. Sendirian. Sedih.

Buat pertama kalinya mengambil keputusan untuk bekerja di bulan Ramadan-mencabar diri (konon). Pengalaman bekerja - penat tapi menyeronokkan, pada awalnya. Semakin lama bekerja semakin cepat nak cuti...memang penat. Berbaloi ke? secara positifnya, berbaloi sebab saya tak menghabiskan masa dengan tidur sahaja di rumah. Sekurang-kurangnya melakukan sesuatu yang berfaedah. Tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli makanan sahur kerana hari-hari banyak lauk dibawa pulang, air sebotol (teh tarik, bandung, cocktail, dan bermacam jenis air), kuih, kek, puding.. sampai semua dah jemu. Aktiviti ketika bekerja? Hari-hari (kecuali sabtu dan ahad) serving, potong daun pisang, potong kuih, potong buah, puding, buat teh tarik, cocktail, cendol, dan apa-apa jenis air, refill makanan, dan macam-macam kerja.

Cream Caramel-deco orang malas.


Teh Tarik (first made, tak termasuk refill)
*sekali buat guna 5 tin susu pekat+2 tin susu cair+20 sudu penuh teh.  Kalau 3kali refill?darab-darab..



Fruit Cocktail (Lime+Lychee, Assorted fruits and jelly)



Ais Batu Campur@ABC



Cendol lemak berkrim disukai ramai.



Amature-style fruit deco. (=_=)


A, A, Armadillo~


*tak termasuk betik, orange.. Sekali potong sebiji tembikai besar, honeydew, betik. Kalau refill? Malas sangat. Sebelum potong biasanya kulit tembikai saya cuci dengan sabun labour sebab ada bau ikan. Tak suka! Kalau ramai budak-budak kecik datang mesti kena selalu refill tembikai. Bila tanya ''kenapa banyak makan tembikai? Adik-adik memang suka tembikai??'' Mereka jawab, ''Tak suka tapi sebab tembikai ni bentuk love''(lepastu buat muka cute). Rasa nak gigit dorang ni. Comel :)


Lompat Tikam. 40 bowl per day mesti siapkan depending berapa ramai cust.



Apam comel. XD




Some kuih. Ada banyakk lagi. Hari-hari tukar.



Ulam-ulaman..Ohh petai! (Gilapetai)




Condiments untuk nasi kerabu. Tauge!! Saya suka tauge!



Bau-bau ikan bakar~~



Buffet line.



TomYam. I love it when the chef cooked by himself! The best ever.



Bawang jeruk.Telur masin.Another nasi kerabu condiments.



Rojak buah!! Seriuss sedap.



Chef yang baik hati. :)


Im glad so gladd. Bersyukur juga dapat merasa bekerja semasa berpuasa. Tapi penat-penat kerja pun berat tak turun-turun, naik je. Hmmm. Oooopss what a loooooong entry. 
Until then.





..

Monday, 22 August 2011

Novel by RAM

Assalamualaikum.

"Mahukah kamu mendengar tawaranku?"

"Sebagai manusia, aku sayang padamu"

"Mati itu pasti... hidup InsyaAllah."

"Hidup selepas mati, jauh lebih panjang dan lama, berbanding hidup sebelum mati" 


Ever heard of those phrases? :)

Ohhh honestly aku suka novel Ramlee Awang Murshid. Dari form 2 ( jasa Pn Che Puan, cikgu Sejarah - beliau yang introduce all the books) until now. But Ungu Karmila and 9 Nyawa quite frustrating. Tak best.


Koleksi novel RAM terkumpul setakat ini. 

Berbanding siri Tombiruo (Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir) siri Bagaikan Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari) memang terbaiklah. It's quite different from others wrote by RAM. Cover pun cantik. Sesuai la dengan isi jalan cerita. Judge a cover by its book, can ah? 

Dalam serius feeling masa baca gelak-gelak lah jugak, macam masa Sunan  travel from kurun ke-15 ke tahun 2008. Plus salah satu kekuatan Sunan datang dari keris Nanggroe. Bila keris tu takde, kena bawak lari kurangla power. Ibarat Popeye takde bayam, or like Harry Potter with broken wand. Well, dah nama pun manusia, of course tak perfect. Other than that, the whole story memang tak logik tapi bak kata RAM, "ceritanya memang tak logik tapi tak mustahil berlaku. Dengan izin Allah, percayalah... ia boleh berlaku dalam kehidupan paranormal." Ohkayy. Tak kisah la.


 Terbaik.


*Cover novel semua nampak mata je. Muka tutup. Agak-agak gamba bawah ni boleh letak sekali tak :

Heheh.


Personal opinion - Aku lagi suka genre thriller daripada lovey dovey Melayu yang boring like Bicara Hati, Ombak Rindu, Andai Itu Takdirnya, Cinta Kau dan Aku,etc.. Author biasanya Damya Hanna, Aisya Sofea, bla3. Bukan taste aku lah. Maybe belum sampai masanya nak minat yang jenis macamni. Kalau suka pun bagi aku yang best from genre love Islamic like Zaid Akhtar-Salju Sakinah and of course, Ayat-ayat Cinta. =D




..