Assalamualaikum.
On 22th February 2012 I got the chance to attend this program : Syarahan Perdana - Transformasi Minda Penyelidik Muda by YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (baru sekarang nak post entry?..) at Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, place of my future graduation. It feels good to be there, rasa semangat. :) The talk start at 9.30am and our ayahanda-Datuk Sahol is wearing purple-polkadot tie! I love polkadot :D (?)
I just want to share some of the notes that I jot down in my diary so here it is :
(recording of the talk)
1. Mereka yang membuat penyelidikan mempunyai minda terbuka. Setiap apa yang kita ada masih boleh diperbaiki, dimajukan lagi. Orang-orang Barat lebih terbuka, sedangkan ilmu sains dipelopori Ilmuwan Islam, dan orang Eropah sanggup mempelajari bahasa Arab untuk mendapatkan ilmu-ilmu tersebut. Tetapi selepas menerima ilmu dari orang-orang Islam mereka terus meneroka ilmu-ilmu tersebut.
2. Orang Eropah suka berperang. Bagi orang-orang Cina, bahan letupan hanya untuk menghalau naga dari menelan bulan, bagi orang Barat, bahan letupan digunakan untuk melontar peluru dengan lebih jauh dan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa. Dengan teknik lontaran ini mereka dapat melontar roket menjejak bulan. Kita pula hanya fikir, bahan letupan mercun untuk sambutan hari raya..
3. Mindset amat penting bagi penyelidik muda. Mereka perlu mempunyai minda terbuka tentang apa yang digunakan oleh kita.
4. Setiap sesuatu yang ada boleh diperbaiki lagi. Kita bukan berperang untuk menakluk negara lain, tapi kita berperang untuk mempertahankan diri kita. Mempertahankan umat Islam seperti yang dituntut agama Islam sendiri.
5. Sebenarnya kebolehan kita sama macam orang lain, yang menjadi barrier adalah 'limit of our thinking'.
This is just some of my notes from the talk. Kalau nak dengar lebih lanjut, I'd already attach the recording. Apa-apa yang negatif tolak tepi. Take the positive thing peeps! :)
..
i was there too!!
ReplyDelete