Assalamualaikum.
Wahh tak sangka dah habis semester 5. Sekejapnya masa berlalu..
Nanti akan rindu UiTM. Shah Alam, Puncak Alam dan segala isinya. Classmates, lecturers, makcik spageti, pasar malam shah alam 2, surau hj ismail,.. UiTM Puncak Alam-yang banyak buat aku ketawa, menangis. Ajar aku tentang erti kehidupan universiti.
Housemate shah alam- huda, ifa, iza, izati, nasuha, dalila, hana, raja. Rindu korang semua :)
Sedih nak tinggalkan rumah sewa kat puncak alam. etc.. Kalaula masa ni dah ada income, nak beli rumah ni..
Rumah yang menyimpan banyak kenangan. Mira, emija, don, ada, a.y.u, pai, munish, kak lon. Kita buat BBQ, angkat tempat bbq ramai2 buat rombongan pegi rumah pakcik pasra. Stay up sebab nak basuh ayam sampai dua baldi, buat rempah, masak.. Dekat rumah lama time rumah bocor sebab hujan lebat, beramai-ramai timba air sebab rumah dah banjir. Elektrik terputus, satu rumah bergelap. Masak sama-sama, makan sama-sama. Haha banyaknya kenangan. Thanks semua :)
Masa last day nak salam kawan-kawan, ingat tak nangis sebab macam rasa ok je.. tapi bila sorang dah start berair mata, aku pun ape lagi.. nangis jugakla. Sikit. Sebak kot. Teringat dari mula-mula datang ke puncak, sekarang semua kembali ke tempat masing-masing. Teringat banyak benda. Mulanya rasa tak serasi dengan classmate, housemate, dengan environment baru, kena transfer dari shah alam ke puncak.. Lama-lama rasa ukhuwah tu semakin erat. Bila kita mula mengenali dan memahami diri masing-masing, respect each other.. Sharing laughter and tears. InshaAllah kita akan berjumpa lagi :)
Lepasni ada internship, kena fokus project paper, lepastu graduation. Wahh. Intern. Grad. Work life. Cuak pulak bila cakap pasal internship. Hopefully semuanya akan ok.
Apa-apapun, doa yang terbaik. Selamat menempuh satu fasa baru dalam kehidupan.
..
No comments:
Post a Comment